Peniaga online boleh apply loan ke?

7 Mei 2026
Ramai sebenarnya peniaga online boleh apply loan, tak kisah la korang jual barang kat TikTok Shop, Shopee, Facebook atau buat bisnes sendiri. Cuma bezanya, proses dia kadang-kadang lebih detail sikit berbanding orang makan gaji sebab bank nak tengok bukti income korang konsisten atau tak. Biasanya benda paling penting bank nak tengok ialah aliran duit masuk. Kalau sales cantik tiap bulan, peluang nak lepas memang ada. Lagi bagus kalau korang asingkan akaun bisnes dengan akaun personal sebab senang bank nak check transaksi. Ada peniaga online sales besar tapi susah lepas loan sebab semua duit campur sekali dalam akaun sendiri. Selain tu, dokumen pun main peranan. Antara yang selalu bank minta ialah penyata bank 6 bulan, SSM, rekod sales, invoice atau bukti transaksi platform online. Kalau ada simpan kira-kira bisnes lagi bagus sebab nampak lebih profesional. Kadang-kadang bank tengok consistency lebih penting daripada jumlah sales besar sebulan dua je. Kalau korang baru mula bisnes online dan income belum stabil, jangan terus down kalau loan susah nak lepas. Korang boleh cuba bina rekod kewangan dulu. Pastikan komitmen lain macam CCRIS dan CTOS cantik, jangan ada tunggakan. Bank memang suka pemohon yang nampak disiplin bayar komitmen. Satu lagi tips, jangan apply loan terlalu banyak dekat banyak bank serentak. Nanti rekod nampak macam terdesak sangat. Better fokus dekat bank yang memang mesra peniaga atau ada pengalaman handle self-employed applicant. Kesimpulannya, peniaga online memang boleh apply loan dan ramai je yang berjaya lulus. Yang penting korang kena urus kewangan bisnes dengan betul, simpan rekod income elok-elok dan pastikan aliran duit nampak konsisten. Bila semua tu teratur, peluang nak approve memang lebih tinggi. . Puan Eima SA Perodua https://peroduawangsamaju.com https://peroduacepat.com .
84 dilihat 0 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Lagi topik berkaitan
21 Mac 2025     3 komen     327 dilihat
Menjaga enjin kereta supaya tahan lebih lama memerlukan penyelenggaraan yang konsisten dan pemakaian yang betul. Berikut adalah beberapa langkah penting: đźš— 1. Tukar Minyak Enjin Secara Berkala Minyak enjin berfungsi sebagai pelincir bagi mengurangkan geseran antara komponen dalaman enjin. Pastikan minyak enjin ditukar mengikut jadual yang disyorkan oleh pengeluar kereta. Gunakan minyak enjin yang berkualiti […]
6 Mei 2026     0 komen     112 dilihat
Cara lulus loan sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu susah kalau kita faham apa yang bank nak tengok. Secara ringkas, bank cuma nak pastikan satu benda je, kita mampu bayar balik pinjaman tanpa masalah. Jadi, kalau nak lulus, kita kena nampak “selamat” di mata bank. Pertama sekali, yang paling penting adalah rekod kewangan. Kalau korang jenis […]
7 Mei 2026     0 komen     140 dilihat
Beli kereta ni memang nampak simple, tapi kalau tersilap langkah boleh jadi beban bertahun-tahun. Ramai orang excited sangat masa nak beli sampai lupa kira komitmen sebenar. Lagi-lagi bila tengok kereta cantik, terus rasa nak sign cepat-cepat. Sebenarnya, beli kereta kena plan elok supaya tak menyesal lepas beberapa bulan pakai. Kalau korang first time nak beli […]
Topik terbaru
5 Oktober 2026     1 komen     24 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
19 September 2026     1 komen     40 dilihat
Saya jual barang terpakai di Shopee dan kadang-kadang Facebook Marketplace. Masalah paling kerap: foto diambil cepat di ruang tamu, ada bayang kipas, nombor plat kereta nampak di belakang, dan baju pembeli yang lepas pinjam masih dalam frame. Photoshop terlalu berat untuk tiga gambar sehari. Lightroom pula saya lupa setting setiap kali buka. Apa yang saya […]
7 Mei 2026     0 komen     164 dilihat
Bila korang survey nak beli kereta, mesti selalu nampak perkataan “OTR Price” kan? Ramai ingat itu harga basic kereta je, padahal bukan. OTR sebenarnya bermaksud “On The Road”, iaitu harga penuh kereta yang dah boleh terus bawak keluar atas jalan lepas beli. Maksud mudahnya, harga OTR ni dah termasuk beberapa kos penting yang memang wajib […]
Lain-lain topik
2 Jun 2025     0 komen     171 dilihat
🚨 Senarai AI yang mungkin boleh bantu kerja anda jadi lebih cepat. Simpan siap² untuk rujukan akan datang: 1. chatgpt.com – Dapatkan jawapan serta-merta untuk apa saja soalan. https://chatgpt.com 2. pika.art – Cipta video menggunakan AI, cepat dan kreatif. https://pika.art 3. krea.ai – Reka logo profesional dalam sekelip mata. https://krea.ai 4. fliki.ai – Tambah voiceover […]
13 April 2025     1 komen     187 dilihat
Jack Ma, towkey Alibaba, ada bercerita, masa zaman awal tubuhkan Alibaba, beliau sentiasa ‘struggle’ untuk cari duit untuk makan. Acapkali bila beliau hendak bayar makanannya, pemilik restoran akan beritahu ada orang sudah bayarkan. Ada antara pelanggan tersebut turut tinggalkan nota yang berbunyi; “Saya salah seorang peniaga yang guna Alibaba dan (kerananya) saya kini sudah kaya. […]
2 Mei 2025     1 komen     188 dilihat
Quote “Jangan jual produk, jual penyelesai masalah” membawa satu mesej yang sangat penting dalam dunia perniagaan dan pemasaran. Ia mengingatkan kita bahawa pelanggan sebenarnya tidak membeli produk semata-mata, tetapi mereka membeli penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. . 1. Produk hanyalah alat, bukan tujuan Orang tak beli drill sebab mereka suka drill — mereka beli […]
HabNiaga.com © 2026