Jack Ma mengubah nasib orang ramai

13 April 2025
Jack Ma, towkey Alibaba, ada bercerita, masa zaman awal tubuhkan Alibaba, beliau sentiasa 'struggle' untuk cari duit untuk makan. Acapkali bila beliau hendak bayar makanannya, pemilik restoran akan beritahu ada orang sudah bayarkan. Ada antara pelanggan tersebut turut tinggalkan nota yang berbunyi; "Saya salah seorang peniaga yang guna Alibaba dan (kerananya) saya kini sudah kaya. Saya tahu anda tiada duit yang cukup, jadi saya bayarkan untuk anda." Jack Ma pun jadi billionair selepas ia disenaraikan di pasaran saham. Tetapi bertahun sebelum itu Alibaba sememangnya telah buat ramai rakyat China kaya dan itulah jasa terbesar Jack Ma. Bila ia lancarkan laman web Taobao pada 2003, ia jadi pemangkin yang ubah beribu kampung terpencil di China. Dari sebuah kampung yang tiada apa-apa, kampung-kampung ini jadi pusat pengeluaran pelbagai barang yang dipasarkan ke seluruh China dan dunia melalui laman Taobao. Penduduk yang tinggal jauh di pendalaman dapat peluang jual barang mereka di dalam talian tanpa perlu pergi ke bandar. Dan kesannya hari ini beratus ribu rakyat China, jika tidak berjuta, dapat nikmati pendapatan dan kehidupan yang berkali ganda lebih baik. Kampung-kampung ini digelar ‘Taobao Village’ dan salah satunya adalah Dong Yi di Jiangsu. Asalnya kami ini hanya jalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Taoi kerana Taobao, Dong Yi telah bertukar jadi pusat pengeluaran perabot yang turut dieksport ke New Zealand. Ada beratus kilang perabot di Ding Yi. Ini pula dorong kepada wujudnya syarikat perkapalan, mengecat dan pelbagai industri sokongan lain. Syarikat-syarikat ini ada yang diterajui oleh golongan muda. Peluang pekerjaan yang disediakan elakkan golongan muda kampung dari berhijrah ke bandar bagi cari kehidupan yang lebih baik. Dan salah seorang pemilik kilang perabot, Sun Han yang berumur 30an, sambil tersenyum mengatakan : “Kebanyakkan dari penduduk kampung ini sekarang bukan sahaja ada kereta sendiri, malah mereka siap bandingkan kereta siapa yang lebih baik.” Kredit: Mazlan Mohamad
Jack Ma mengubah nasib orang ramai
Jack Ma mengubah nasib orang ramai
Jack Ma mengubah nasib orang ramai
Jack Ma mengubah nasib orang ramai
188 dilihat 1 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Fuh...rupanya dia sendiri ikat perut walaupun dah ada org guna platform dia utk buat duit. Bukan senang nk berjaya sebenarnya.
1 tahun lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
22 April 2025     1 komen     236 dilihat
Mereka pernah tinggal bawah LRT demi untuk survive hidup ini. Bila perniagaan masing-masing gagal, Karim Atan (gambar) dan Mohamad Hassan hidup terumbang ambing. Pada tahun 2008 mereka bertemu tanpa dirancang. Karim Atan dan Mohamad Hassan bertemu di sebuah gerai makan dan Karim cadangkan mereka berniaga kuih putu bamboo. Ini kerana Karim pernah belajar resepinya dari […]
24 Mac 2025     0 komen     210 dilihat
Untuk menjadi seorang usahawan baru yang berjaya, anda perlu memahami beberapa aspek penting dalam dunia perniagaan. Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu: . 1️⃣ Minda Keusahawanan ✅ Mentaliti yang kuat – Keusahawanan memerlukan kesabaran, daya tahan, dan keberanian untuk menghadapi cabaran. ✅ Kesediaan untuk belajar – Anda perlu terus belajar tentang pasaran, strategi, dan […]
25 Mac 2025     1 komen     235 dilihat
Memulakan perniagaan tanpa modal memerlukan kreativiti, usaha, dan strategi yang betul. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil: 1. Gunakan Kemahiran dan Kepakaran Anda Jika anda mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang seperti menulis, reka bentuk grafik, pemasaran, atau pembangunan web, anda boleh menawarkan perkhidmatan tersebut tanpa perlu mengeluarkan modal. Contoh: – Menawarkan servis penulisan artikel, […]
Topik terbaru
5 Oktober 2026     1 komen     25 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
19 September 2026     1 komen     42 dilihat
Saya jual barang terpakai di Shopee dan kadang-kadang Facebook Marketplace. Masalah paling kerap: foto diambil cepat di ruang tamu, ada bayang kipas, nombor plat kereta nampak di belakang, dan baju pembeli yang lepas pinjam masih dalam frame. Photoshop terlalu berat untuk tiga gambar sehari. Lightroom pula saya lupa setting setiap kali buka. Apa yang saya […]
7 Mei 2026     0 komen     85 dilihat
Ramai sebenarnya peniaga online boleh apply loan, tak kisah la korang jual barang kat TikTok Shop, Shopee, Facebook atau buat bisnes sendiri. Cuma bezanya, proses dia kadang-kadang lebih detail sikit berbanding orang makan gaji sebab bank nak tengok bukti income korang konsisten atau tak. Biasanya benda paling penting bank nak tengok ialah aliran duit masuk. […]
Lain-lain topik
23 Mac 2025     3 komen     225 dilihat
Menjual sesuatu memerlukan gabungan strategi, kemahiran komunikasi, dan pemahaman tentang pelanggan. Berikut adalah langkah-langkah utama untuk menjual apa sahaja dengan berkesan: . 1. Fahami Produk atau Perkhidmatan Anda Anda mesti percaya dengan apa yang anda jual. Jika anda sendiri ragu-ragu, pelanggan juga akan berasa begitu. Ketahui: ✅ Manfaat – Bagaimana ia boleh menyelesaikan masalah pelanggan? […]
21 Mac 2025     3 komen     328 dilihat
Menjaga enjin kereta supaya tahan lebih lama memerlukan penyelenggaraan yang konsisten dan pemakaian yang betul. Berikut adalah beberapa langkah penting: 🚗 1. Tukar Minyak Enjin Secara Berkala Minyak enjin berfungsi sebagai pelincir bagi mengurangkan geseran antara komponen dalaman enjin. Pastikan minyak enjin ditukar mengikut jadual yang disyorkan oleh pengeluar kereta. Gunakan minyak enjin yang berkualiti […]
26 April 2025     1 komen     181 dilihat
Ini punca sebenar kenapa mesej iklan dan mesej content anda ‘syok sendiri’ — walaupun poster dah cantik, caption dah power. Kita selalu rasa iklan atau content kita dah cukup bagus. Poster elok, design cantik. Video pun ada hook power. Tapi kenapa… Masih krik-krik dan tak convert sales? Jawapannya bukan sebab design atau video tu tak […]
HabNiaga.com © 2026