[admin] Panduan forum

23 Mac 2025
Selamat datang ke forum HabNiaga.com. Forum adalah ruangan untuk berbincangan berkaitan perniagaan atau topik berkaitan. Sebelum anda membuat keputusan untuk membuat pos forum, pastikan anda meneliti perkara berikut: 1. Topik jelas mengikut kategori. - Pastikan topik yang anda mahu pos berkaitan dengan dunia perniagaan atau seumpamanya sahaja. - Pastikan kategori topik dipilih dengan betul untuk memudahkan carian pengguna. - Pastikan ayat penulisan memudahkan pembaca untuk membaca. . 2. Topik tidak berulang. - Pastikan topik yang anda mahu pos tidak berulang. Sila buat carian forum terlebih dahulu sebelum buat pos baru. - Pos berulang kemungkinan akan digabungkan menjadi satu topik oleh pihak admin. - Jika topik sudah wujud, dan anda ada idea tambahan, sila tambah pada ruangan komen sahaja. - Pos berulang atau SPAM akan dibuang. . 3. Elakkan topik sensitif. - Elakkan topik yang sensitif seperti isu peribadi, kaum, agama, politik dan sebagainya. - Pos yang sensitif akan dibuang oleh admin. . 4. Cara buat komen. - Pastikan komen adalah berkaitan dengan pos yang dikomen. - Hormati ahli forum lain dalam memberi komen. - Elakkan pergaduhan yang boleh merosakkan keadaan dan hubungan. . 5. Bahasa Melayu sahaja. - Setiap pos dan komen hanya diutamakan dalam Bahasa Melayu sahaja. - Sebarang pos dan komen yang mengutamakan bahasa lain, kemungkinan akan diterjemah secara auto ke dalam Bahasa Melayu oleh sistem AI kami. . 6. Pengiklan digalakkan buat pos dan komen. - Jika anda ada membuat iklan di laman iklan, pastikan anda sentiasa buat pos dan komen bermanfaat. - Tindakan ini akan membantu pelawat forum melawat profil anda dan dapat melihat iklan yang anda buat. . 7. Elakkan beriklan di pos atau komen. - Jika anda mahu beriklan, sila ke laman iklan. - Sebarang pos dan komen yang berunsur iklan akan dibuang. . 8. Sistem forum akan dikemaskini dari semasa ke semasa. - Ciri-ciri baru sistem forum akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi, buat masa ini sila gunakan apa yang ada dahulu. Dikemaskini pada: 23 Mac 2025 p/s: Panduan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika perlu.
235 dilihat 2 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Noted
1 tahun lalu Balas
0
Baik bos
1 tahun lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
21 Mac 2025     2 komen     344 dilihat
Jika anda mahu mengiklankan produk atau servis, sila buat iklan pada laman iklan yang disediakan. https://staging.habniaga.com/iklan/ Sila tonton semua video panduan iklan ini supaya anda faham teknik membuat iklan berkesan.   1. Panduan iklan 1 – Cara tulis tajuk iklan   2. Panduan iklan 2 – Cara nak setkan maklumat iklan   3. Panduan iklan […]
Topik terbaru
5 Oktober 2026     1 komen     24 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
19 September 2026     1 komen     40 dilihat
Saya jual barang terpakai di Shopee dan kadang-kadang Facebook Marketplace. Masalah paling kerap: foto diambil cepat di ruang tamu, ada bayang kipas, nombor plat kereta nampak di belakang, dan baju pembeli yang lepas pinjam masih dalam frame. Photoshop terlalu berat untuk tiga gambar sehari. Lightroom pula saya lupa setting setiap kali buka. Apa yang saya […]
7 Mei 2026     0 komen     84 dilihat
Ramai sebenarnya peniaga online boleh apply loan, tak kisah la korang jual barang kat TikTok Shop, Shopee, Facebook atau buat bisnes sendiri. Cuma bezanya, proses dia kadang-kadang lebih detail sikit berbanding orang makan gaji sebab bank nak tengok bukti income korang konsisten atau tak. Biasanya benda paling penting bank nak tengok ialah aliran duit masuk. […]
Lain-lain topik
25 Mac 2025     1 komen     233 dilihat
Memulakan perniagaan tanpa modal memerlukan kreativiti, usaha, dan strategi yang betul. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil: 1. Gunakan Kemahiran dan Kepakaran Anda Jika anda mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang seperti menulis, reka bentuk grafik, pemasaran, atau pembangunan web, anda boleh menawarkan perkhidmatan tersebut tanpa perlu mengeluarkan modal. Contoh: – Menawarkan servis penulisan artikel, […]
18 April 2025     1 komen     206 dilihat
“Bos, Macam Mana Nak Bentuk Team Mantop?” Dulu… AbeMie lantik team ikut perasaan je. Asal nampak dia laju cakap, terus masuk team sales. Asal nampak rajin design, terus angkat jadi team konten. Asal nampak dia ikut kita dari zaman susah, terus bagi jawatan leader. Niat tu baik. Tapi banyak kali silap. Bila kerja tak jalan, […]
20 Mac 2025     2 komen     260 dilihat
Pizza berasal dari Itali, khususnya dari bandar Napoli pada abad ke-18 dan ke-19. Ia bermula sebagai makanan rakyat yang murah dan mudah disediakan. Makanan ini pada mulanya hanya berupa roti leper yang dibakar dan ditambah dengan bahan-bahan asas seperti minyak zaitun, keju, dan herba. Pada tahun 1889, seorang tukang masak bernama Raffaele Esposito mencipta Pizza […]
HabNiaga.com © 2026