Mi Bodo pernah popular

12 April 2025
Mi Bodo yang pernah popular kerana kuasa viral. Dijual di warung Mee Goreng Hassan di Tengkera, Melaka sejak tahun 1979. Ini ikon makanan negeri Melaka selain kuih keria antarabangsa. Hanya dijual hingga ke pukul 11.00 pagi. Setiap hari boleh kata warungnya penuh dengan pelanggan Melayu, Cina, India dan pelancong. Dipanggil mi bodo kerana digoreng hanya guna mi kuning, taugeh dan sambal minyak. Dulu ia popular di kalangan penduduk setempat kerana ia adalah makanan rakyat marhaen yang harganya cukup murah. Orang kampung dan pekerja pejabat yang bergaji kecil akan datang makan tengah hari di sini untuk berjimat. Masa viral dahulu ramai yang datang mencuba. Menariknya ada yang komplen "tak sedap". Orang Melaka dan penduduk Tengkera sudah lama tahu mi bodo ini biasa-biasa saja rasanya. Tengok bahannya sahaja pun sudah tahu. Tak pernah mereka 'claim' sedap, jauh lagi sedap mi goreng pasar malam sebenarnya. Tapi hingga sekarang orang tetap datang makan di sini sebab keringkasannya dan rasa sambal yang unik, itu sahaja. Jika ada yang datang hendak mencuba, jangan datang dengan pengharapan yang tinggi. Just enjoy it as it is bak kata orang Muo. Jika tidak, anda akan rasa seperti diperbodohkan oleh mi bodo 😆 Kredit: Mazlan Mohamad
Mi Bodo pernah popular
217 dilihat 1 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Terbaik lah. Mee bodo tetap ada peminat tersendiri.
1 tahun lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
10 April 2025     3 komen     199 dilihat
Saya cuba google jenis-jenis aiskrim yg ada di Malaysia ni. Terjumpa satu web ni cerita pasal jenis-jenis aiskrim yg ada kt Malaysia. Dia tulis ada 10 jenis saja, tapi rasanya lebih 10 jenis aiskrim ada kat Malaysia ni. Boleh baca sendiri di web ni: 10 Jenis-jenis Aiskrim yang terdapat di Malaysia Ni saya cuba tempelkan gambar-gambar […]
2 Jun 2025     0 komen     157 dilihat
1. Wajib guna daging 70g.. xyah la dok save sgt nk pi haji blk hari.. tak untung mana pn.. meniaga kena jujur.. harga nk letak mahai, daging hok nipih.. apa dia.. 2. Masak daging, jgn tekan.. bila tekan, jus daging akan kluar.. pasai tu daging jadi kering.. alih2 kan saja.. boh planta sikit.. sikit ja.. […]
11 April 2025     3 komen     224 dilihat
Jom kita sembang santai sikit pasal burger ni. Kalau kau perasan, burger ni nampak macam biasa je, tapi sebenarnya banyak kelebihan dia. Meh aku cerita satu-satu: . 🍔 1. Lapar tahap naga? Burger la jawabnya. Tak kira kau balik kerja penat, baru lepas bergaduh dengan bos, atau baru bangun pukul 3 petang – burger sentiasa […]
Topik terbaru
5 Oktober 2026     1 komen     24 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
19 September 2026     1 komen     40 dilihat
Saya jual barang terpakai di Shopee dan kadang-kadang Facebook Marketplace. Masalah paling kerap: foto diambil cepat di ruang tamu, ada bayang kipas, nombor plat kereta nampak di belakang, dan baju pembeli yang lepas pinjam masih dalam frame. Photoshop terlalu berat untuk tiga gambar sehari. Lightroom pula saya lupa setting setiap kali buka. Apa yang saya […]
7 Mei 2026     0 komen     84 dilihat
Ramai sebenarnya peniaga online boleh apply loan, tak kisah la korang jual barang kat TikTok Shop, Shopee, Facebook atau buat bisnes sendiri. Cuma bezanya, proses dia kadang-kadang lebih detail sikit berbanding orang makan gaji sebab bank nak tengok bukti income korang konsisten atau tak. Biasanya benda paling penting bank nak tengok ialah aliran duit masuk. […]
Lain-lain topik
2 Jun 2025     0 komen     171 dilihat
Kutipan 11 hari dah 34 juta . Dah potong Ejen Ali The Movie 1 dulu yang berjaya kutip 30 juta pada tahun 2019 dulu. Masa tu dah kira berjaya dah tu . Rasanya dengan cuti sekolah masih panjang ni, target kutipan 60 juta berjaya diperoleh kot . Saya rasa dngan hype skrg boleh cecah 80m! […]
22 April 2025     0 komen     162 dilihat
Cari Staff melalui FB Ads lebih mudah dari bayar agensi seperti Jobstreet, MauKerja, Indeed etc. Saya biasa bayar salah satu agensi untuk cari staff. Tak murah, ratus ringgit gak la. Tapi kualiti candidate tak seberapa seperti yang saya perlukan. Kemudian saya run iklan di FB untuk cari staff, baru run FB ADs RM60, berpuluh resume […]
12 April 2025     3 komen     193 dilihat
Hasil jualan anak no.2 meniaga. Modal RM3, jual RM6. Barang ni bagus, boleh buatkan anak-anak ralit, tak main gajet. Boleh mengasah minda juga. Ayah dia bagi modal RM36. 1st round dia jual, dia bagi duit RM36. “Man, ayah ambil duit modal dulu ya.” “Ala ayah, tak boleh ke kita bahagi terus sekarang?” “Tak boleh. Ayah […]
HabNiaga.com © 2026