Kisah kejayaan MD Putu Bamboo World

22 April 2025
Mereka pernah tinggal bawah LRT demi untuk survive hidup ini. Bila perniagaan masing-masing gagal, Karim Atan (gambar) dan Mohamad Hassan hidup terumbang ambing. Pada tahun 2008 mereka bertemu tanpa dirancang. Karim Atan dan Mohamad Hassan bertemu di sebuah gerai makan dan Karim cadangkan mereka berniaga kuih putu bamboo. Ini kerana Karim pernah belajar resepinya dari seorang peniaga putu bambu yang sudah lama berniaga di Johor. Dengan modal seribu ringgit yang ada, mereka buka gerai jual putu bambu di ruang kecil di hadapan sebuah kedai di Taman Datuk Harun, Selangor. Papan tandanya hanyalah kadbod yang ditulis tangan. Mereka berdua bekerja dari tengah malam hingga ke pagi untuk siapkan putu bambu. Setiap hari juga, pada pukul 6 pagi mereka akan hantar putu bambu ke kedai-kedai makan dan pejabat dengan motosikal. Jualan yang dapat hanya 30 seringgit ehari. Tetapi kerana mereka lihat ada sambutan, mereka teruskan berniaga. Setiap duit jualan dilaburkan kembali dalam perniagaan. Untu tempoh 2 tahun pertama, Karim Atan dan Mohamad Hassan jalani hidup yang cukup mencabar. Mereka terpaksa duduk jauh dari keluarga yang ditinggalkan di Johor, dikejar Ah Long dan setiap malam terpaksa tidur di bawah tiang LRT demi untuk jimatkan duit. Tetapi mereka bertahan. Selepas 2 tahun berniaga, mereka berjaya kumpul modal untuk berpindah ke ruang niaga lebih besar iaitu di IKS Air Panas, Kuala Lumpur. Putu bambu mereka mula dibekalkan juga ke hotel, kilang dan kafe. Tahun berikutnya mereka pindah pula ke Taman Perindustrian Selayang Indah. Di sini Karim dan Mohammad Hassan mula belajar secara serius untuk kembangkan bisnes. Mereka mula tawarkan pakej rakan niaga secara perlesenan kepada mereka yang minat berniaga. Tidak berapa lama kemudian, dengan bantuan bimbingan seorang perunding francais, pakej rakan niaga itu disusun semula. Merka letak visi untuk berkembang lebih besar sebagai rangkaian francais. Seterusnya pada tahun 2017, dengan jenama MD Putu Bamboo World, mereka ambil langkah berani tawarkan francais. Dalam tempoh 4 tahun berikutnya, mereka berjaya bina lebih 70 rangkaian francais Putu Bambu Wjorld dengan pendapatan tahun 4 juta ringgit. Dan kini mereka ada kilang bernilai jutaan ringgit yang keluarkan putu bamboo secara moden di Rawang, Selangor. Kredit: Mazlan Mohamad
Kisah kejayaan MD Putu Bamboo World
Kisah kejayaan MD Putu Bamboo World
236 dilihat 1 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Jangan mudah putus asa.
1 tahun lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
13 April 2025     1 komen     176 dilihat
“Jangan kongsi rancangan kita kepada orang lain.” Jack Ma pernah berkongsi satu nasihat yang cukup makan dalam, “Jangan terlalu cepat menceritakan rancangan kita kepada orang lain.” Ketika beliau masih muda, beliau sendiri sering teruja. Setiap kali muncul idea baru, beliau akan kongsikan kepada rakan-rakan. Mereka berbincang panjang, berangan besar. Dari memulakan perniagaan hinggalah mahu mengubah […]
13 April 2025     1 komen     227 dilihat
Hari tu terjumpa video youtube podcast yang dibuat oleh Funnel Evo, saudara Fahdi Ghazali bersama dengan pengasas jenama terkenal suka Malaysia, iaitu Al-Ikhsan Sports. Dulu tertanya-tanya jugak siapa pengasasnya dan bagaimana jatuh bangun jenama ini menapak di Malaysia. Kali ni baru saya tahu kisahnya. Menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan inspirasi. Boleh tonton sendiri podcast […]
12 April 2025     3 komen     193 dilihat
Hasil jualan anak no.2 meniaga. Modal RM3, jual RM6. Barang ni bagus, boleh buatkan anak-anak ralit, tak main gajet. Boleh mengasah minda juga. Ayah dia bagi modal RM36. 1st round dia jual, dia bagi duit RM36. “Man, ayah ambil duit modal dulu ya.” “Ala ayah, tak boleh ke kita bahagi terus sekarang?” “Tak boleh. Ayah […]
Topik terbaru
5 Oktober 2026     1 komen     24 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
19 September 2026     1 komen     40 dilihat
Saya jual barang terpakai di Shopee dan kadang-kadang Facebook Marketplace. Masalah paling kerap: foto diambil cepat di ruang tamu, ada bayang kipas, nombor plat kereta nampak di belakang, dan baju pembeli yang lepas pinjam masih dalam frame. Photoshop terlalu berat untuk tiga gambar sehari. Lightroom pula saya lupa setting setiap kali buka. Apa yang saya […]
7 Mei 2026     0 komen     84 dilihat
Ramai sebenarnya peniaga online boleh apply loan, tak kisah la korang jual barang kat TikTok Shop, Shopee, Facebook atau buat bisnes sendiri. Cuma bezanya, proses dia kadang-kadang lebih detail sikit berbanding orang makan gaji sebab bank nak tengok bukti income korang konsisten atau tak. Biasanya benda paling penting bank nak tengok ialah aliran duit masuk. […]
Lain-lain topik
24 Mac 2025     1 komen     363 dilihat
​Berikut adalah senarai pelepasan cukai individu pemastautin bagi Tahun Taksiran 2024 yang boleh dituntut semasa pengisian e-Filing pada tahun 2025:​ 1. Pelepasan Individu dan Tanggungan: ➜ Individu dan saudara tanggungan: RM9,000​ ➜ Suami/Isteri/Alimoni kepada bekas isteri: RM4,000​ ➜ Individu kurang upaya: RM6,000​ ➜ Suami atau isteri kurang upaya: RM5,000​ ➜ Yuran pengajian (diri sendiri): RM7,000​ […]
3 Mei 2025     0 komen     208 dilihat
Soalan: Susahnya nak bina follower. Saya buat FB baru. FB lama saya deactivate. Dengan FB baru ni, boleh nampak reach sangat rendah. Friend plak dalam 1k saja. Saya try buat post setiap hari pun mcm takde orang like dan komen. Bila lihat insight, reach tak sampai 100 pun. Apa perlu saya buat utk tingkatkan follower […]
21 Mac 2025     1 komen     245 dilihat
Membeli hartanah adalah keputusan besar yang memerlukan perancangan teliti. Berikut adalah langkah-langkah penting untuk membantu anda membeli hartanah dengan bijak: 1. Tentukan Matlamat dan Bajet ✅ Tujuan Pembelian – Adakah anda membeli untuk duduk sendiri, pelaburan, atau sewa? ✅ Tentukan Bajet – Kira kemampuan kewangan anda dengan mengambil kira gaji, simpanan, dan komitmen bulanan. ✅ […]
HabNiaga.com © 2026