15 idea prompt chatgpt terbaik untuk bisnes anda

23 April 2025
Ini 15 langkah dalam bisnes yang kita perlu kuasai. Saya berikan prompt mudah supaya boleh belajar/explore dari ChatGPT mengikut bisnes masing² 👇 . 1. Pemilihan Idea & Niche Prompt: “Saya nak mulakan bisnes tapi masih belum pasti idea yang sesuai. Sila cadangkan 5 idea bisnes online yang menguntungkan dan sesuai untuk individu yang minat [nyatakan minat/kepakaran anda].” . 2. Kajian Pasaran & Pengesahan Prompt: “Saya sedang pertimbangkan untuk jual [produk/perkhidmatan anda]. Boleh bantu saya buat kajian pasaran untuk pastikan ada permintaan? Siapa target customer saya dan apa masalah utama mereka?” . 3. Model Perniagaan & Perancangan Prompt: “Tolong bantu saya susun model bisnes dan perancangan asas untuk bisnes [jenis bisnes]. Termasuk: produk utama, harga, saluran jualan, kos permulaan, dan potensi keuntungan.” . 4. Penjenamaan & Identiti Prompt: “Saya nak bina jenama yang kuat untuk produk [jenis produk]. Boleh cadangkan nama brand, tone of voice, warna utama, dan slogan yang sesuai untuk sasaran pelanggan [jenis pelanggan]?” . 5. Persediaan Laman Web & Teknologi Prompt: “Saya perlukan senarai langkah untuk bina laman web eCommerce dari awal untuk jual [produk anda]. Tolong cadangkan platform (Shopify, WooCommerce, dll), plugin penting, dan anggaran kos.” . 6. Penciptaan atau Sumber Produk Prompt: “Saya nak jual produk fizikal dalam niche [niche]. Apa pilihan saya: buat sendiri, dropship atau ambil dari pembekal? Boleh bantu saya senaraikan kelebihan & kekurangan serta cara cari pembekal yang boleh dipercayai?” . 7. Strategi Pelancaran Prompt: “Saya akan lancarkan produk baru dalam masa 30 hari. Boleh cadangkan strategi pelancaran langkah demi langkah (pre-launch, launch, dan post-launch) supaya dapat tarik perhatian dan dapatkan jualan awal?” . 8. Marketing & Customer Acquisition Prompt: “Saya perlukan pelan pemasaran digital bajet rendah untuk tarik pelanggan pertama bagi produk [nama produk]. Boleh bantu saya guna media sosial, konten, dan iklan untuk capai target?” . 9. Sales & Conversion Optimation Prompt: “Saya ada trafik masuk ke website tapi jualan rendah. Tolong semak dan beri cadangan untuk tingkatkan conversion rate, termasuk ayat jualan, call-to-action, dan struktur halaman jualan.” . 10. Operasi & Automasi Prompt: “Saya nak jimat masa dan automasikan kerja bisnes saya. Boleh bantu saya pilih tools atau software untuk urus tempahan, stok, email, dan follow-up pelanggan secara automatik?” . 11. Penskalaan & Perkembangan Prompt: “Bisnes saya dah mula jalan, sekarang saya nak scale up. Tolong cadangkan strategi untuk gandakan jualan tanpa naikkan kos terlalu tinggi — contohnya, partnership, team building, atau produk baru.” . 12. Performance Tracking & Optimization Prompt: “Saya nak pantau prestasi bisnes dengan lebih sistematik. Boleh senaraikan KPI atau metrik penting yang perlu saya lihat setiap minggu/bulan, dan cara guna Google Analytics atau tools lain?” . 13. Pengalaman Pelanggan & Retention Prompt: “Saya nak pelanggan rasa puas hati dan kekal setia. Boleh cadangkan strategi untuk tingkatkan layanan pelanggan, automasi follow-up, dan bina program kesetiaan?” . 14. Perundangan & Pematuhan Prompt: “Saya nak pastikan bisnes saya sah dari segi undang-undang Malaysia. Apa lesen atau pendaftaran yang perlu saya buat, dan undang-undang eCommerce yang perlu saya patuhi?” . 15. Exit Plan (Pilihan) Prompt: “Walaupun baru mula, saya nak ada pelan jangka panjang. Apa strategi exit yang sesuai untuk bisnes kecil — seperti jual bisnes, franchisekan, atau pass pada orang lain?” . . Kredit: Wan Muhd Ali
15 idea prompt chatgpt terbaik untuk bisnes anda
281 dilihat 2 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Nak lagi berkesan jawapan dia, buat satu chat utk setiap prompt.
1 tahun lalu Balas
0
Terbaik ni. Memang lengkap!
1 tahun lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
5 Oktober 2026     1 komen     24 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
13 April 2025     4 komen     296 dilihat
AI menjadi trending sejak pelancaran chatGPT. Tetapi, ramai tidak sedar, sebenarnya AI telah lama wujud, tetapi tidak diwar-warkan sehingga viral satu dunia. Berikut ialah jenis-jenis AI terkini beserta fungsi utama yang patut orang ramai tahu, terutama dalam dunia yang semakin digital hari ini: . 💡 1. Generative AI (AI Penjana Kandungan) Contoh: ChatGPT, Midjourney, DALL·E, […]
2 Jun 2025     0 komen     171 dilihat
🚨 Senarai AI yang mungkin boleh bantu kerja anda jadi lebih cepat. Simpan siap² untuk rujukan akan datang: 1. chatgpt.com – Dapatkan jawapan serta-merta untuk apa saja soalan. https://chatgpt.com 2. pika.art – Cipta video menggunakan AI, cepat dan kreatif. https://pika.art 3. krea.ai – Reka logo profesional dalam sekelip mata. https://krea.ai 4. fliki.ai – Tambah voiceover […]
Topik terbaru
5 Oktober 2026     1 komen     24 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
19 September 2026     1 komen     40 dilihat
Saya jual barang terpakai di Shopee dan kadang-kadang Facebook Marketplace. Masalah paling kerap: foto diambil cepat di ruang tamu, ada bayang kipas, nombor plat kereta nampak di belakang, dan baju pembeli yang lepas pinjam masih dalam frame. Photoshop terlalu berat untuk tiga gambar sehari. Lightroom pula saya lupa setting setiap kali buka. Apa yang saya […]
7 Mei 2026     0 komen     84 dilihat
Ramai sebenarnya peniaga online boleh apply loan, tak kisah la korang jual barang kat TikTok Shop, Shopee, Facebook atau buat bisnes sendiri. Cuma bezanya, proses dia kadang-kadang lebih detail sikit berbanding orang makan gaji sebab bank nak tengok bukti income korang konsisten atau tak. Biasanya benda paling penting bank nak tengok ialah aliran duit masuk. […]
Lain-lain topik
21 Mac 2025     3 komen     327 dilihat
Menjaga enjin kereta supaya tahan lebih lama memerlukan penyelenggaraan yang konsisten dan pemakaian yang betul. Berikut adalah beberapa langkah penting: 🚗 1. Tukar Minyak Enjin Secara Berkala Minyak enjin berfungsi sebagai pelincir bagi mengurangkan geseran antara komponen dalaman enjin. Pastikan minyak enjin ditukar mengikut jadual yang disyorkan oleh pengeluar kereta. Gunakan minyak enjin yang berkualiti […]
19 Mac 2025     5 komen     343 dilihat
Di Malaysia, cukai adalah sumber pendapatan utama kerajaan dan terbahagi kepada beberapa jenis. Berikut adalah perkara asas yang perlu anda tahu: 1. Jenis Cukai di Malaysia Cukai terbahagi kepada dua kategori utama: A. Cukai Langsung (dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia – LHDN) ▪ Cukai Pendapatan: Dikenakan kepada individu dan syarikat berdasarkan pendapatan yang […]
22 April 2025     1 komen     243 dilihat
Menurut satu kajian laporan belanja isirumah, Bumiputera berbelanja sejumlah RM109billion sebulan manakala kaum Cina RM47billion sebulan dan India RN12.2billion sebulan. Bermakna bahawa Bumiputera menyumbang 65% kepada kekuatan ekonomi pengguna negara. Anehnya ekonomi Bumiputera masih tercorot ke belakang. Ertinya kaum Bumiputera menghabiskan duit mereka kepada kedai dan barangan orang lain bukan kepada kaum mereka sendiri. Tidak […]
HabNiaga.com © 2026